Izz Ying :)
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to superb blog. Do follow Ying . Love You :D

Instagram



Tweet Me!



Ask What You Want!


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: Izz Ying
Others: ? ? ?



RINDU

Entry - 156 (25.09.2015)

     Assalamualaikum. Setelah sekian lama tak log in blogger, hari ni baru berpeluang nak blogging semula. Tapi kali ni blogging guna phone. So setiap entry yang aku post takkan panjang macam dulu. Iye lah. Dulu kan guna lappy. Memang la panjang. Senang nak taip. Bila guna phone ni, faham-2 je lah kan.

     Hmmm,,, Saja la log in blog pepagi ni. Hati ni sedang merindui seseorang. Siapa? Dialah Putera Hatiku. Rindu sangat-2. Dah la jarang nak jumpa. Call tiap hari pun tak puas. Rasa nak sembang berdepan. Mungkin itu boleh hilangkan rasa rindu ku. Serious cakap, hanya orang yang kuat je boleh bersama dengan orang jauh. Orang yang kuat je dapat sabar dengan orang jauh. Ya ALLAH,, rindunya aku pada insan yang telah KAU tetapkan buat ku.

     Muhamad Wafiy yang ku sayang, Sayang dan Rinduku tidak pernah pudar. Sejak kita mula kenal, hingga ke hari ini, rindu dan sayang ku terhadap mu tetap sama. Aku rindu, rindu, rindu kamu wahai Putera Hati ku. Janganlah kau berpaling dari ku. Sesungguhnya kaulah cinta terakhir ku. Tidak lagi diri ini sanggup mencari cinta yang lain. Sayang ku, tidak pernah sekali pun terlintas difikiran ku untuk curangi mu.

     Bukan mudah untuk ku menerima mu pada mulanya. Hari demi hari, kau cuba ambil hati ku. Kau cuba dan terus mencuba hingga aku jatuh cinta pada mu. Sungguh sukar untuk kau curi hati ku bukan? Begitu juga sukarnya untuk ku melepaskan mu. Hati ku telah kau pegang. Jaga ia sebaik baiknya. Jangan calarkan walaupun sedikit.

     46 hari lagi kita akan melangkah ke alam pertunangan. Waktu itu akan datang dugaan yang tidak siapa sangka. Aku harap, kau dan juga aku dapat bertahan hingga ke jinjang pelamin. Moga-2 segalanya berjalan lancar. Moga ALLAH permudahkan segalanya. Amin.......

"CINTA NOVEMBER WAFIY & ZATIY"


Sepanjang Cuti Cinta Bersama Sayang :)


Entry - 155 (16 February 2015)

     Assalamualaikum readers :) Jarang sekali nak namak si IzzYing ni blogging kan? Sorry laa... Masa tak mengizinkan. Kerja tak tentu masa. Sometime aku pun naik fed up dengan kerja. Tapi kalau tak kerja tak ada duit pulak. Tak kan laki aku nak sara pulak. Dia pun ada family nak jaga. Aku bukannya bini dia lagi nak guna duit dia bagai. Lagi pun aku tak suka guna duit orang. Rasa kesian sangat. Huhuu... Sudah! Sudah! Tak payah nak merepek! Sebenarnya aku on blog ni pun sebab ada benda nak share. Hehee :D

     Yeahh!! 7 February 2015 Putera kesayangan ku Muhamad Wafiy balik SP. Wahh! Serious rindu :'). Kebetulan jadual aku direct pagi. Memang syok la. Hari-2 jumpa. Petang ke malam ke jumpa jugak. Masing-2 rindu lah kata kan. Hehee :D . Macam ni la kalau bercinta dengan orang jauh. Sampai nak gila! Hampir dua tahun hubungan kami, kami tetap sama. Rindu masih belum berkurangan. Alhamdulillah :D . Hari first (07.02.2015) Putera ajak tengok wayang. Aku okay je. Balik kerja, rehat sekejap, lepas maghrib keluar dengan izin mak aku :D

     Hari kedua (08.02.2015) cinta hati belanja makan KFC. Lepas makan, pergi karaoke dekat Cahaya Taman Sejati. Gila agaknya melalak dalam tu dua-2 orang. Nak lepas rindu lah kata kan. Lantak p! Hehee.. Tak malu dah. Agagaa :D. Melalak ke apa kan, janji happy. Balik tidur lena sebab letih menyayi. Then hari ketiga (09.02.2015) kami tak p mana-2 sebab hari tu aku kerja petang. Tapi dia datang amek aku balik kerja sebab nak teman makan. Biasa la aku tiap2 malam makan. Hehee :D

     Hari keempat (10.02.2015) hari paling lama kami luangkan masa. Balik kerja dalam pukul 3pm siap-2, pukul 6pm cinta hati datang amek kat rumah sebab nak bawak jalan-2 pergi Penang. Hehee.. Dengan izin mak aku, dia bawak aku keluar. Terasa bahagia bila dapat luangkan masa lama-2 dengan kesayangan. Pergi Queens Bay lepak pantai, masuk Gurney Plaza, pusing-2 pulau sampai jemu + lapar, makan Pasembur dekat Padang Kota Lama, lepas makan lepak dekat pantai Padang Kota. Banyaknya! Kenangan takkan dapat aku lupakan. Gambarlah yang menjadi saksi bahawa kita pernah bertemu :)

     Hari kelima (11.02.2015) bersamaan dengan hari Rabu iaitu hari cuti aku :D. Yeahh! Hari ni hari yang takkan aku lupa buat selamanya. 11 Feb ni la hari aku bertemu dengan family Cinta Hati. Mulanya aku takut jugak sebab tengok gambar, mak dia macam garang. Tapi ternyata spoting gila! Alhamdulillah mak dengan bapak dia restu hubungan kami. Tapi kami tak boleh khawin lagi sebab abang dia yang dua orang tu masih single. Jadi yang nombor tiga ni kena la sabar. Hehee. Tak apa sayang, sayang pun muda lagi. Baru 20 tahun. Saye target, umur saye dalam lingkungan 23-25 tahun okay la kita mendirikan rumah tangga. Mungkin waktu itu saye lebih matang. Hehee
Beredar je dari rumah dia, kami terus pergi tengok wayang dengan izin parent dia. Alhamdulillah. Hehee :D

     Hari keenam (12.02.2015) Cinta bawak pergi Pantai Merdeka. Hari tu pun menjadi hari terindah buat ku. Terima Kasih sayang sebab awak dah cairkan hati saya. Harap cinta kita berkekalan. Amin :) Sayang awak sangat-2. Hari ketujuh (13.02.2015) kami tak jumpa sebab dia nak spend time dengan kawan-2 kelas dia. So tak apa lah. Kebetulan kawan-2 dia semua cuti. Jadi apa salahnya biarkan dia jumpa sahabat lama kan? Takkan waktu cuti dia nak habis dekat aku je kan? Tapi memang habis kan aku pun. Bukan salah aku okay. Huhuu..
     Dan hari kelapan (14.02.2015) merupakan hari terakhir dia ada dekat SP. Wuu~~ Rasa macam nak menangis. Ye la,, tahun ni sekejap sangat dia dekat SP. Setahun tak jumpa, cuma dua minggu je dapat jumpa. Serious tak puas! Rindu pun tak hilang lagi. Apa-2 pun terima kasih cinta sebab luangkan masa hari last dengan saya. Encik Cinta belanja tengok wayang. Jupiter Assending menjadi pilihannya. Lepas tengok wayang, pergi karaoke. Melalak la dua-2 orang dalam tu. Yelaa,, esok kan dia dah nak balik. Spend time lah dengan si dia. Terima Kasih Sayang :)

     And the last day (15.02.2015) aku tunggu dia dekat stesen bus. Tapi sayang, tak dapat nak lepak lama-2 sebab bas dia awal. Lepas maghrib kan. Hmm... Nak menangis jugak waktu tu. Tapi aku cuba kuat untuk tak menangis depan dia. Janji punya pasal. And, i did't! Aku tak nangis :). Hati je tahu macam mana sebaknya melihat dia pulang. Hope awak selamat sampai sayang. Love you so much :)
Assalamualaikum.....

***CONTINUE***

Assalamualaikum...
Hai,, Ada story lah! Hehee :D . Saja nak sambung dengan post hari tu :D

     16,17,18 February 2015 Si Encik Cinta berada di KL. Nak tahu apa yang nak aku sampai kan? Jeng! Jeng! Jeng! :D . Encik Cinta patah balik ke SP. Kenapa? Sebabnya tiket flight dah habis. So, terpaksa lah dia pulang ke rumahnya. Katanya, tak boleh duduk KL lama-2. Duit habis sekejap je. Semua mahal dekat sana! Okay. Aku pun seronok la dia balik sini. Boleh la jumpa lagi Hehee :D. 19.02.2015 dating depan rumah je dengan izin parent tercinta. Hihii     

     20.02.2015 si dia ambil aku balik kerja. Dah la pakai Cheongsam. Malunya! :D Hehee.. 21.02.2015 teman si dia pergi beli tiket dekat Butterworth nak balik KL. So, 22.02.2015 aku tunggu dia dekat stesen bas. 2:30pm time pergi kerja. Maka tinggallah dia dengan sahabat-2 dia dekat situ. Alhamdulillah, pagi 23 February dia dan sahabat dia selamat sampai KL. See you soon dear. Love you. Muahhh Muhamad Wafiy :D
Assalamualaikum..... ^_^v

Terima Kasih Sayang


Entry - 154 (29 Jan 2015)

     Assalamualaikum.. Hai all. Kawan, perasan tak aku kalau update blog mesti tengah malam. Tahu kenapa? Time ni la boleh filling pun. Sunyi, sepi, tenang sangat nak luahkan apa yang kita rasa. Macam biasa lah. Tak lain tak bukan story pasal Putera kesayangan yang sanga-2 aku cinta :)

     Terima Kasih Ya Allah kerana KAU temukan aku dengan Muhamad Wafiy. Aku bersyukur sangat. Aku tak menyesal kenal dia. Segala salah silap aku dia tegur. Dia dah banyak ubah aku. YaAllah, KAU temukan aku dengan insan yang sangat baik buatku. Satukanlah kami YaAllah. Aku percaya dia boleh membimbing ku kelak :') . Kabulkanlah niat Muhamad Wafiy YaAllah...

     Aku! Ya aku! Perasaan sayang aku terhadapnya mula kembali seperti dulu. Alhamdulillah... Sayang, maafkan saya. Sebelum ni jugak aku sayangkan kamu. Tapi sayang aku tak sama seperti yang sekarang. Sekarang sayang aku semakin bertambah. Selalu rasa ingin didekati. Aku ingin bertemu mu cinta. Pulanglah sayang. Aku rindu. Sangat merindui mu :') . Hari ini aku menangis kerana terlalu rindukan dirimu sayang. Aku mahu kamu Muhamad Wafiy...

     Wafiy, maafkan saya kerana kurang memahami mu. Saya bukan tak faham dengan kerja awak. Tapi saya terlalu ikutkan perasaan. Bila hati kata mahu, mahu la caranya. Maafkan saya. Wafiy, terima kasih kerana selama ni awak dah faham saya. Saya bersalah sangat kerana terlalu memaksa ikut cara saya. Saya tak berani janji. Tapi InsyaAllah saya akan jadi yang terbaik buat mu Muhamad Wafiy.

     Sayang, terima kasih kerana telah mengajar saya menjadi insan yang baik, yang mudah mengalah,  menjadikan saya seorang yang penyabar, menjadikan saya seorang insan yang sentiasa terseyum dan gelak ketawa. Terima kasih kerana sanggup buat semua tu untuk saya. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa baik awak untuk saya :'( . Muhamad Wafiy, maafkan segala salah silap saya. Saya dah banyak buat salah dekat awak. Harap awak maafkan saya sayang. Doakan yang terbaik untuk hubungan kita sayang....

"Sebelum kau terlena dengarkan irama ku sebagai peneman rindu mengharungi malam mu. Hilangkan resah hatimu, Hilangkan duka jiwa mu. Yakin ku ada disisi temani mimpi-2 mu. Tuhan, ku meminta kepada Mu lindungi Puteraku. Ku sungguh menyayanginya. Sayang, pegang erat jemariku dan jangan kau lepaskannya. Ku kan ada disisimu. Selamat Malam Sayang :)"

Assalamualikum....


Sabarnya Awak :')


Entry - 153 (22 Jan 2015)

     Morning all.....
Hari ni pepagi buta lagi dah blogging. Hmm,, Bosan punya pasal. Lagi pun hari ni ada benda sikit nak share. macam biasalah. Blog ni je tempat aku meluahkan apa yang aku rasa, Blog ni la merupak kan diary kedua. Kenapa aku kata yang ke-2? Yelah. Takkan yang personal pun nak letak dalam ni kan. Karang kata murahan pulak. Tak semua benda kita boleh share secara public right?

     Blog ni tak lain tak bukan, mesti pasal Cinta. Memang aku takkan letak benda lain. Harap faham. Okay start! Kenapa sekarang hati aku makin kurang rasa sayang terhadapnya? Kenapa? Tapi aku masih rasa cemburu. Aku sebenarnya masih sayang atau tak? Aku sendiri pun tak tahu. Nak kata tak sayang tu, tak jugak. Masih sayang. Tapi tak tahu kenapa rasa sayang tu tak sama macam dulu.

     Dua hari lepas ada la gayut dengan cinta hati. Dia dengar suara aku, sampai dia sendiri keluar ayat macam ni, "Kenapa dengan sayang? Kenapa abang dengar suara sayang macam dah fed up dengan abang?" . Ya ALLAH! Waktu tu aku terdiam sekejap. Aku sendiri pun tak tahu. Maafkan aku sayang. Bukan niat ku untuk menjauh dari mu. Mungkin hati aku masih terasa dengan kejadian lalu. Terlalu sukar untuk aku melupakan. Maafkan aku Muhamad Wafiy. Aku bersalah kerana aku menyembunyikan perasaan ini dari mu. Bukan aku tak sayang. Aku masih sayang. Tapi sayang ku tak sama dengan sayang ku sewaktu dulu :'(

     Saat ini aku masih keliru dengan hati aku. Maafkan aku sayang. Walau ini yang aku rasa, aku SUKAR untuk melepaskan mu pergi. Mungkin aku masih sayang. Tapi rasa sayang itu bercampur dengan sakit yang lalu. Aku perlu masa untuk mengubati hati yang luka. Sejujurnya aku benci dengan apa yang aku rasa. Aku tak suka bila CEMBURU menguasai diriku. Itu yang membuatkan aku lupa yang kau cinta ku. Aku mahu cinta kita selalu Indah. Tapi ia agak sukar. Sometime akan suram jugak. but it's okay. Itu sebenarnya buat hubungan kita lagi erat.

     Sayang, terima kasih kerana kau cuba untuk kembalikan cinta kita seperti dulu. Tapi maafkan aku kerana aku tak dapat merasai Indahnya cinta kita waktu dulu. Tipulah kalau aku kata tak rindu. Sebenarnya aku rindu. Rindu sangat nak kita macam dulu. Bagi aku masa sayang untuk aku masuk kembali ke cinta kita seperti dulu. Aku sayangkan hubungan kita :'(

Conversations with him: (21 Jan 2015)
   Wafiy : Sayang buat abang risau la... [19:35:06]
   Zatiy  : Laa.. Kenapa nak risau lak sayang? Sayang tak buat apa pun. [19:35:44]
   Wafiy : Mesej, tiba-2 je diam. Risau la sayang... Sebab abang sayangkan sayang la.. [19:37:13]
   Zatiy  : Aloloo.. Sweetnya... Sayang pun sayang abang gak. Jangan tinggalkan sayang tau abang :). [19:38:50]
   Wafiy : InsyaAllah ayang.. Abang pun TAK NAK TINGGALAKAN sayang. [19:39:49]
   Zatiy  : Okay. Terima Kasih abang :* [19:40:21]
   Wafiy : Sama-2 Cinta Hati abang... [19:41:06]
   Zatiy  : Sweetnya abang.. Suka sayang :D [19:42:16]
   Wafiy : Memang la. Abang suka sayang... [19:43:08]

     Ya Allah,,, Indahnya cinta. Sabarnya insan yang KAU berikan padaku. Kuatkanlah hati aku Ya ALLAH agar aku tidak mudah berubah hati. Sesungguhnya aku benar-2 menyayanginya. Walau sayang aku padanya masih kurang, aku akan usaha untuk kembalikan sayang aku seperti dulu. InsyaALLAH dalam masa terdekat ni. Doakan saya....

Akhir kata dari saya:

     Sayang, terima kasih sangat-2 kerana menjaga aku. ALLAH temukan kita mungkin kerana ALLAH mahu kau mengubah cara hidup ku. Aku bersyukur kerana kau dapat mengubah aku. Wafiy, sesungguhnya aku sukar untuk melepaskan kau pergi. Aku menyayangi mu, Aku menyintai mu bukanlah sepenuh hati ku. Tetapi kerana Allah. Allah yang temukan kita. Aku harap kau jaga hubungan kita. Dan aku berharap kau menyayangi ku. Setiap kali blogging, mesti nangis :'( . Wafiy, tolong jaga hati aku seperti mana kau jaga hati orang tua mu. Sesungguhnya aku tidak lagi kuat untuk menanggung sakit dihati. Tolong jangan buat aku menangis sayang. Sayang sayang abang :'( . Moga cinta kita kekal selamanya. InsyaALLAH dengan izinNYA :)

Assalamualakum....